Tuesday, 23 May 2017

5 Nutrisi yang ada pada KURMA


kredit
gambar & teks : Qaseh Junior HQ
dengan olahan pemilik blog


5 NUTRISI KURMA YANG ANDA PERLU TAHU!
.

.
Bila bulan Ramadhan datang, KURMA dah jadi sesuatu yang sinonim dalam masyarakat kita kan!
.
.
Kalau ada yang malas sahur tu.... ada yang cuma ambil air suam dan kurma je! Tapi yang peliknya...masih tetap kekal cergas dan bertenaga!
.
.
Rupanya.... Orang Arab makan buah Kurma bukan untuk suka-suka atau semata-mata Sunnah... tapi NUTRISI yang ada dalamnya boleh membuatkan kita rasa CERGAS dalam masa yang sama boleh buatkan badan kita LANGSING!
.
.
Jom kita lihat apa NUTRISI yang ada dalam KURMA ni sebenarnya...yang membuatkan orang seperti tak rasa lapar pun walau hanya makan kurma waktu sahur!
.





#1 RENDAH KOLESTROL
.
.
Adakah anda tahu, buah Kurma adalah bebas kolesterol dan rendah kandungan lemak?

Memasukkan kurma dalam diet harian anda membantu dalam penurunan berat badan.

Kurma kaya dengan serat jenis larut (soluble fiber). Serat larut ini boleh membantu menurunkan paras kolesterol tinggi dalam tubuh. Ia membantu membersihkan salur darah dan mengelakkan pembekuan darah.







#2 KAYA PROTEIN
.
.
Kurma adalah sumber protein yang sangat membantu dalam mengekalkan kecergasan dan menjadikan otot kuat.

Para pengunjung gimnasium disarankan mengambil beberapa buiji kurma sebagai sebahagian rutin harian mereka.

Anak-anak untuk kekal cergas, didik dan biasakan mereka dengan buah Kurma.





#3 KUATKAN SARAF
.
.
Buah kurma sarat dengan potassium. Potassium membantu membaiki sistem saraf dan risiko mendapat strok.

Sistem saraf amat penting untuk dijaga kerana berkaitan dengan penggunaan anggota badan pada setiap hari.

Potassium dalam kurma membantu sistem saraf berfungsi dengan baik. Warga emas yang mulai menurun daya kekuatan sarafnya sangat disyorkan mengamalkan kurma dalam diet harian. Selain pengamalan makan kurma membantu mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.




#4 PELBAGAI VITAMIN
.
.
Buah Kurma adalah SuperFood mengandungi vitamin-vitamin seperti B1, B2, B3 dan B5 serta A1 dan C.

Tahukah anda, dengan pengambilan beberapa biji kurma setiap hari adalah cukup dan tidak perlu mengambil vitamin tambahan.

Ini bermakna, buah Kurma boleh dijadikan snek harian yang mudah dengan tinggi nutrisi!





#5 MUDAHKAN PENGHADAMAN
.
.
Resepi elak sembelit ada dengan buah Kurma? Resepinya, rendam beberapa biji kurma di dalam air kemudian minum dan kunyah pada setiap hari, sistem penghadaman anda akan 'berkelakuan sopan'.

Malah, buah Kurma ini sangat disyorkan pada mereka yang mengalami masalah sembelit. Kurma memiliki kriteria unsur laksatif semulajadi yang sangat baik untuk sistem penghadaman.

Nak langsing & cergas perlu selesaikan masalah sembelit!





Untuk pesanan, dan info lanjut

klik http://qasehgoldipoh.wasap.my/




Monday, 22 May 2017

Tips merangsang sistem Imun anak-anak


kredit
gambar & teks : Qaseh Junior HQ
dengan olahan pemilik blog


RANGSANG SISTEM IMUN DENGAN PERCUMA
.
.
Sistem imun kanak-kanak berfungsi sama dengan orang dewasa. Bezanya, sistem imun kanak-kanak mengambil masa untuk mengenal pasti virus atau bakteria apa yang menyerang tubuh badan kanak-kanak.
.
.
Selain mengambil makanan berkhasiat, sistem imun kanak-kanak boleh dibangunkan secara semulajadi. PERCUMA!
.
.
Bagaimana?
.
.
Jom kita lihat bagaimana untuk tingkatkan sistem imunisasi anak-anak. Anak Sihat Anak Hebat!








#1 KEBERSIHAN TANGAN
.
.
Mencuci tangan dengan kerap membantu untuk mengurangkan jumlah pepijat, kotoran dan bakteria selepas bermain atau bilik darjah di sekolah.

Anak mudah terdedah kepada kuman dan bakteria kerana mereka masih belum faham dengan konsep kebersihan. Jadi peranan kita sebagai ibu bapa untuk memastikan anak pandai dan belajar ambil berat tentang kebersihan



#2 UDARA SEGAR
.
.
Alam semulajadi adalah ubat yang terbaik malah PERCUMA.

Aktiviti di luar rumah sangat baik dan terbaik untuk merangsang sistem imun.

Biasa kan lah membawa anak-anak beriadah dan bermesra dengan alam.





#3 KURANG GULA
.
.
Kajian menunjukkan GULA MENYEKAT FUNGSI IMUN. Tiada nutrisi dalam gula!

Apabila gula berada dalam badan, ia memerlukan nutrisi untuk mematabolismakannya yang memerlukan mineral-mineral dalam badan anak-anak.

Anak-anak sedang membesar adalah waktu terbaik membiasakan mereka dengan makanan dan minuman kurang gula.

Pilihlah pemakanan yang sesuai untuk anak, elakkan makanan yang kaya gula terproses , lebihkan pemakanan dari gula semulajadi.

Makanan kaya gula terproses : seperti segala jenis kek, segala jenis roti dengan krim, gula-gula , air dalam kotak, air tin, air bergas dan yang seumpamanya.






#4 MESRA ALAM
.
.
Persekitaran yang sihat di rumah sangat penting bagi anak-anak.

Merokok bukan sahaja berbahaya kepada perokok, ia juga menyebabkan kerosakan kepada orang-orang tersayang disekeliling.

Asap rokok membunuh dan mengganggu sel-sel penting anak-anak dan menyebabkan sistem imun semulajadi mereka tidak maju.

Ahli keluarga yang merokok sebaiknya perlu lah lebih prihatin. Elakkan merokok dalam kawasan rumah. Jika mahu anak sihat, ayah lah yang harus tunjukkan dulu teladannya.



Semoga bermanafaat.



Untuk pesanan, dan info lanjut

klik http://qasehgoldipoh.wasap.my/