Monday, 13 November 2017

PCOS boleh dibantu dengan amal gaya hidup sihat



What is PCOS?
Sumber : https://pcoschallenge.org/symposium/what-is-pcos/


PCOS - #1

Wanita yang ada masalah PCOS akan sukar untuk hamil - fakta.

Ia bukan sesuatu yang boleh ditangani dalam tempoh sesingkat 3-4 bulan.

Ia berkait rapat dengan gaya hidup dan corak pemakanan.

Wanita dengan PCOS , kebanyakkannya alami masalah obes, haid yang tidak teratur , sangat berkait dengan kesuburan, atas sebab telur sukar untung matang dan ovulasi tidak dapat berlaku dan keadaan hormon yang cacat. 


PCOS - #2

Wanita yang alamai PCOS, bila anda berazam inginkan zuriat, Anda harus KUAT untuk melalui beberapa fasa perubahan.

1- kurangkan berat badan secara sihat . Bersenam dan kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat dan tinggi gula.

kenapa perlu kurangkan berat badan :

wanita yang mempunyai berat badan yang normal akan mudah mengekalkan kehamilan setelah menjalani prosedur IUI atau IVF, berbanding dengan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan selalunya mudah mengalami keguguran ketika kehamilan.


2- kawal pemakanan - pilih lah gaya pemakanan sihat dan elakkan makanan berproses, serta  tinggi gula

3- amal gaya hidup sihat - jadikan bersenam sebagai rutin dan kawalurus stress dengan baik

4- konsisten pengambilan supplemen yang bersifat anti oksidan dan membantu untuk seimbang /stabilkan hormon, yang mana ia membantu untuk membetulakan kitaran haid. Kami syorkan Qaseh Gold Adinda & Pati Kristal Sole






Anda mahu hamil, anda perlu usaha lebih daripada orang lain. Jumpa pakar sakit puan @ gynea anda, dapatkan nasihat yang boleh membantu anda.

Usah anggap sudah makan ubat, anda boleh hamil tanpa berusaha untuk berubah dari segi corak pemakanan dan gaya hidup.

Tangani masalah kesuburan, pastikan anda ambil supplemen yang membantu stabilkan hormon. Ambil secara konsisten selama 6-7 bulan dengan dos yang betul. 

dan anda perlu amalkan gaya hidup sihat.
Mesti berusaha bersenam,  kurangkan berat badan .

Hidup dengan gembira. Kawal stress. Tenangkan diri dengan zikir harian, mahupun membaca Alquran. Berjalan-jalan makan angin juga, tak perlu jauh-jauh, membantu untuk mengurangkan stress. Hargai insan-insan tersayang di sekeliling hidup anda

Kejayaan bagi anda , bila anda berjaya turunkan berat badan, walau hanya 2 kg sebulan.

Kejayaan bagi anda, bila period anda mula datang setiap bulan dan darahnya normal, bukan hanya sekadar  tompokan, ini bermakna, hormon anda mula stabil dan tempoh kesuburan dapat anda jangka. Gunakan applikasi 'period tracker' untuk mengenalpasti tempoh kesuburan.

Kejayaan bagi anda, bila anda sudah tidak craving pada gula dan sentiasa amal sayur dan buahan segar.

Kejayaan bagi anda, bila anda sentiasa dalam mood santai dan berlapang dada mengharung ujian dan dugaan.




Insya Allah, masa nya akan tiba pada masa yang tepat untuk anda dikurniakan cahaya mata. Setiap usaha yang anda usahakan, usah lupa pada pemberi rezeki, Allah azzawajalla. Dia lah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Takkan dia sia-sia kan usaha hambaNya yang bersungguh-sungguh. Allah melihat usaha kita.


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


Qaseh gold, membina kehidupan yang sihat dan berkualiti. Cuba sebotol Qaseh hari ini. .

Anda ingin mendapatkan konsultasi percuma, hubungi kami di http://qasehgoldipoh.wasap.my/